suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, 36 Hilang Dalam Insiden Bot Karam

KAHERAH: Pegawai keselamatan Mesir berkata, tiga terkorban dibawa arus dan 36 orang lain hilang selepas sebuah bot yang membawa mereka yang cuba untuk sampai ke Eropah secara haram terbalik di Laut Mediterranean.

Pegawai berkata, bot itu karam selepas berada di satu kawasan berhampiran pantai timur dekat dengan Libya pada awal Isnin.

Hanya seorang daripada hampir 40 pendatang haram itu dapat diselamatkan.

Beribu-ribu lelaki muda Mesir mengambil risiko dengan bertindak untuk ke Eropah secara haram melalui jalan laut ekoran kehidupan yang miskin, kadar pengangguran tinggi dan peningkatan harga barangan di kawasan setempat mereka.

Ada sebahagiannya meninggalkan Mesit melalui Laut Mediteranean, tetapi kebanyakannya ke Libya kerana perjalanan lebih singkat daripada sana. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain