suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Ditahan Ada Kaitan Insiden Letupan Bom Di Turki

ANKARA, Turki: Pihak Turki berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat empat orang yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di tenggara Turki, yang mengorbankan sembilan orang termasuk empat kanak-kanak.

Bom tersebut yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan meletup pada Isnin berhampiran dengan balai polis di bandar Gaziantep, dekat sempadan Syria, yang turut mencederakan berpuluh-puluh orang.

Agensi Anadolu berkata, polis anti pengganas menahan empat suspek di kawasan kejiranan di wilayah Sanljurfa pada Selasa.

Mereka dibawa ke Gaziantep untuk disoal siasat.

Tiada sesiapa yang mengaku untuk bertanggungkawab ke atas serangan itu dan pemberontak Kurdis menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam insiden berkenaan.

Kerajaan Turki bagaimanapun menyalahkan pemberontak itu.

Anggota militan Kurdis yang menentang kerajaan di tenggara Turki, telah menjadikan orang awam sebagai sasara sejak dahulu. - AP

Artikel Lain