suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pelancong Asing Maut Kelab Malam Terbakar Di Phuket

BANGKOK: Kira-kira empat orang maut manakala 20 lagi cedera parah apabila sebuah kelab malam di Phuket, Thailand terbakar awal pagi Jumaat.

"Empat disahkan meninggal. Kami percaya kesemuanya adalah pelancong asing tetapi ia masih belum disahkan lagi," kata Timbalan Gabenor Phuket, Chamroen Tipayapongtada.

Chamroen berkata, kebakaran itu berpunca daripada kilat yang menyambar litar sehingga menyebabkan seluruh kawasan berkenaan terbakar.

Pekerja hospital di pulau Patong berkata, mangsa yang cedera terdiri daripada rakyat Thailand dan pelancong asing.

Sementara itu, pegawai wilayah berkata, seramai 12 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Artikel Lain