suria

Gajah Betina Dibuntingkan Guna Sperma Beku

VIENNA: Seekor gajah Afrika di Zoo Vienna disahkan bunting menggunakan sperma beku dari seekor gajah jantan liar dari benua itu yang mana pihak zoo percaya ia merupakan yang pertama di dunia.

Jurucakap zoo berkata, kehamilan juga telah berlaku sebelum ini dalam dua kes di tempat lain menggunakan sperma beku membabitkan seekor gajah Afrika dan Asia namun dalam kedua-dua keadaan gajah jantan itu berada dalam kurungan, dan janin anak gajah berkenaan mati.

"Sekiranya anak gajah ini dilahirkan, ia akan menjadi yang pertama di dunia persenyawaan itu dilakukan menerusi sperma beku," katanya sambil menambah, gajah itu kini telah sembilan bulan bunting daripada tempoh 22 bulan. AFP

Artikel Lain