suria

Australia Rampas Dadah Bernilai AS$525 Juta

SYDNEY: Polis Australia telah merampas dadah jenis amphetamine dan heroin bernilai lebih setengah juta bilion dolar selepas mematahkan sindiket dadah antarabangsa yang mempunyai hubungan dengan Hong Kong.

Polis membuat serbuan di Sydney pada Isnin, dan menahan tujuh orang selepas menemui dadah amphetamine yang dikenali sebagai ‘ice’ seberat 306 kilogram (kg) dan 252 kg heroin bernilai AS$525 juta (RM1.65 bilion).

Empat mereka yang ditahan dari Hong Kong dan tiga lain adalah warga Australia.

Ia merupakan rampasan ice terbesar dalam sejarah Australia dan ketiga terbesar bagi heroin, dan merupakan kemuncak bagi operasi berterusan berikutan maklumat daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (AS).

“Ini merupakan hasil penyiasatan selama 11 bulan di mana kami mempunyai kawalan ketat ke atas beberapa orang yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah ini,” kata timbalan pesuruhjaya polis, Andrew Colvin.

“Ini merupakan jumlah heroin dan ampthetamine yang dirampas kami sepanjang tahun,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Jason Clare menyifatkan rampasan itu merupakan kejayaan terbesar. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain