suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

103 Lelaki Cuba Masuki Australia Secara Haram Ditahan

COLOMBO: Tentera Laut Sri Lanka menahan kira-kira 103 lelaki yang cuba memasuki Australia secara haram dengan menaiki tiga bot pukat tunda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut pada Selasa, dua bot berjaya dipintas daripada memasuki luar pantai barat kepulauan ini pada Isnin manakala sebuah lagi ditahan di luar pantai timur.

Kesemua lelaki yang ditahan itu adalah warga Sri Lanka.

Mereka diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Sri Lanka jika rakyatnya meninggalkan negara ini melalui pelabuhan yang tidak dibenarkan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Setakat ini, polis berjaya menahan kira-kira 600 individu yang terdiri dari warga Sri Lanka, India, Pakistan dan Afghanistan yang cuba memasuki Australia melalui perairan Sri Lanka.

Artikel Berikut

Artikel Lain