suria

Tiada Suspek Kedua Dalam Pembunuhan Di Aurora – Polis

AURORA, Colorado: Polis di bandar Aurora, Colorado pada awal Ahad menolak spekulasi bahawa terdapat seorang individu lain yang membantu James Holmes membuat persiapan dalam pembunuhan beramai-ramai di pawagam di sini yang mengorbankan 12 orang.

“Terdapat beberapa laporan berita yang tidak tepat dan tidak sahih mengenai suspek kedua,” kata jurucakap polis, Cassidee Carson dalam satu kenyataan.

“Merujuk kepada laporan tersebut: Seorang lelaki yang dikatakan bersama dengan Homes telah ditemuramah. Tiada sebab untuk mempercayainya bahawa dia turut terlibat.”

Beliau berkata, siasatan mengenai kejadian tidak dapat didedahkan pada masa ini.

Pada awal Jumaat, seorang lelaki bersenjata dan berpakaian hitam melepaskan tembakan dalam sebuah pawagam yang dipenuhi penonton di Aurora sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan 58 yang lain cedera.

James melepaskan dua gas pemedih mata kepada para penonton yang menonton tayangan tengah malam bagi filem “The Dark Knight Rises.” - AFP

Artikel Lain