suria

Angkasawan Wanita Pertama China Ke Angkasa Lepas Sabtu Ini

Liu Yang merupakan angkasawan wanita pertama China dan akan berlepas ke angkasa lepas buat pertama kalinya pada Sabtu ini. Foto REUTERS

BEIJING: China akan menghantar angkasawan wanita pertamanya ke angkasa lepas pada Sabtu ini, apabila kapal angkasa Shenzhou-9 akan berlepas dari gurun Gobi bagi pengendalian ruang angkasa yang pertama oleh negara itu.

Liu Yang, yang berusia 33 tahun dan berpangkat mejar dalam angkatan Tentera Pembebasan Rakyat, memasuki program latihan angkasawan dua tahun lalu, akan menyertai pelancaran ke angkasa lepas yang keempat bagi China, kata seorang jurucakap wanita bagi program angkasa lepas negara itu.

“Dari hari pertama saya telah diberitahu bahawa saya tidak berbeza dengan angkasawan lelaki,” kata Liu, seorang juruterbang jet pejuang berpengalaman yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak, kata stesen penyiaran negara itu, CCTV dalam satu temubual yang disiarkan selepas pengumuman pada Jumaat.

“Saya percaya kepada kesungguhan. Jika anda bersungguh-sungguh, anda akan mengecapi kejayaan,” tambah Liu yang berpakaian angkasawan warna biru ketika ditemuramah. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain