suria

UNHCR: 80 Peratus Daripada Pelarian Di Negara Membangun

NEW YORK: Kira-kira 80 peratus pelarian yang dipindahkan boleh didapati di negara-negara membangun, kata ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian, Antonio Guterres.

Bercakap pada Majlis Hubungan Luar (CFR) di New York baru-baru ini di mana beliau melancarkan bukunya bertajuk “The State of the World’s Refugees: In Search of Solidarity”, beliau menggesa adanya solidariti antarabangsa yang lebih besar bagi menangani cabaran ini.

Ini, katanya, merangkumi menyediakan peluang penempatan semula yang lebih besar bagi pelarian dalam dunia pengindustrian dengan memfokus projek kerjasama pembangunan untuk memupuk pulangan yang lestari secara sukarela atau integrasi tempatan dan sokongan masyarakat tuan rumah.

Kebanyakan 43 juta orang di dunia terpaksa meninggalkan rumah mereka hari ini bukan pelarian tetapi orang yang dipindahkan dalam negara mereka sendiri, biasanya dirujuk sebagai pelarian yang dipindahkan atau IDP.

Di seluruh dunia, kira-kira 26 juta orang tergolong dalam kategori ini berbanding sekitar 15-16 juta pelarian dan sejuta lagi pemohon suaka.

Bekas perdana menteri Portugal itu berkata, pada masa ini takat kilat atau tahap meledaknya adalah di Syria, Sudan dan Malit yang merealisasikan gelombang pelarian.

Sesungguhnya, tahun 2011 merekodkan jumlah pelarian yang tertinggi.

Beliau juga bercakap mengenai kegilaan dunia unipolar dan bipolar.

“Bentuk campur tangan Amerika, kerana ia berlaku di Timor Timur, tidak mungkin berlaku di dunia unipolar pada hari ini, katanya sebagai respons kepada satu soalan oleh ketua jawatankuasa menyelamat antarabangsa George Rupp semasa sesi soal dan jawab di CFR.

Tetapi beliau juga mengingatkan bahawa "krisis lama tidak akan padam".

Beliau memberi contoh Afghanistan, Somalia, Congo dan sebagainya.

Guterres mengakui bahawa dengan krisis ekonomi yang sedang berlaku sekarang di beberapa negara penyumbang, kesediaan untuk meningkatkan atau malah mengekalkan tahap bantuan sehingga kini masih merosot. "Ruang kemanusiaan semakin mengecut," katanya.

"UNCHR tidak dapat bertindak dengan berkesan di negara-negara dunia ketiga," katanya.

Bukan mudah untuk mengadakan dialog dengan elemen-elemen seperti kumpulan pemberontak dan militan yang juga bertanggungjawab menyebabkan penghijrahan pelarian.

Sesungguhnya, malah kerja pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu dan sukarelawan kemanusiaan begitu cenderung untuk bertindih dan ada masa, menjalankan tugas yang melebihi skop kerja mereka.

"Banyak pergerakan (pelarian) hari ini berlaku tidak merentasi sempadan tetapi dalam sempadan negara yang terjejas. Tetapi keadaan menjadi lebih teruk apabila negara-negara berjiran yang dituju oleh pelarian itu adalah negara miskin," katanya.

Peralihan pelarian dari konflik diburukkan lagi oleh gabungan punca-punca termasuk perubatan iklim, pertumbuan penduduk, pembandaran, kekurangan makanan, kekurangan air dan persaingan mendapatkan sumber-sumber.

Semua faktor ini yang bergabung ini meningkatkan lagi ketidakstabilan dan konflik dan memaksa manusia untuk berpindah.

Menurut Guterres, dunia mewujudkan pemindahan yang lebih cepat daripada ia menghasilkan penyelesaian.

"Dan ini membawa satu perkara sahaja: lebih ramai orang (akan) terperangkap dalam buangan untuk masa yang lama, tidak dapat pulang ke kampung halaman, untuk menetap di kawasan sendiri atau berpindah ke tempat lain.

Pemindahan global sememangnya masalah antarabangsa dan oleh yang demikian, memerlukan penyelesaian antarabangsa - dan ini terutamanya saya maksudkan penyelesaian politik."

Menurut Guterres, ruang bagi campur tangan kemanusiaan itu secara tepatnya mengecut apabila keperluan untuk bantuan kemanusiaan semakin meningkat. Tekanan ke atas sistem perlindungan jelas meningkat. Di sesetengah negara terutama sekali negara perindustrian, kubu mentaliti yang kelihatan dan berkhidmat hanya untuk mengalihkan tanggungjawab dan belas kasihan ke tempat lain.

“Solidariti antarabangsa sangat penting … ianya sukar, sebagai contoh, untuk memaklumkan sebuah negara seperti Jordan untuk menerima pelarian Syria. walaupun negara itu telah mempunyai pelarian Palestin," katanya.

Guterres menekankan usaha bagi mengurangkan masalah itu di seluruh dunia, adalah perlu untuk mencari penyelesaian politik. Terdapat banyak "konflik yang tersembunyi" di dunia ini. Mencegah konflik juga lebih baik kerana ia mengelakkan penderitaan manusia dan juga menjimatkan kos. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain