suria

Snigdha Nandipati Dinobat Juara ‘National Spelling Bee’

Nandipati bersama trofi kemenangannya menjuarai 'National Spelling Bee'. Foto REUTERS
Nandipati bersama trofi kemenangannya menjuarai 'National Spelling Bee'. Foto REUTERS
Nandipati bersama trofi kemenangannya menjuarai 'National Spelling Bee'. Foto REUTERS

OXON HILL, (Maryland): Snigdha Nandipati dinobatkan sebagai juara ‘National Spelling Bee’.

Beliau yang berusia 14 tahun dari San Diego itu merupakan pemenang berdarah kacukan India-Amerika.

Nandipati mengeja ‘guapens’, satu perkataan Perancis yang bermaksud serangan hendap, jerat atau perangkap.

Beliau yang kelihatan tenang menewaskan seramai lapan finalis lain dalam persaingan yang menguji minda itu.

Nandipati minat membaca dan merupakan pengumpul duit syiling yang bercita-cita untuk menjadi seorang pakar psikiatri atau pakar bedah otak.

Beliau boleh bermain biola dan fasih dalam bahasa Telugu.

Stuti Mishra dari West Melbourne, Florida menduduki tempat kedua apabila salah mengeja perkataa “schwarmere”.

Hadiah-hadiah kepada mereka yang menang pada National Spelling Bee Scripps ke-85 termasuk wang tunai AS$30,000, sebuah trofi, bon simpanan bernilai AS$2,500 dan biasiswa AS$5,000. - AP

Artikel Lain