suria

Tiga Maut, Empat Cedera Dalam Letupan Di Pattani

BANGKOK: Tiga sukarelawan terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan bom di tepi jalan di sini Isnin.

Ketua Polis Kapor Kolonel Manit Khongwatmai berkata semua mangsa berada dalam sebuah kereta ketika bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang ditanam di tepi jalan di Kampung Hutang Berangan, Kapor, Pattani, meletup pada 12.30 tengah hari.

Ketika kejadian, sukarelawan itu sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan kampung berkenaan.

Tiga sukarelawan yang meninggal dunia di tempat kejadian berusia lingkungan 26 dan 37 tahun manakala mangsa yang cedera berusia antara 31 dan 44 tahun kini dirawat di Hospital Pattani.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak puak pemisah disyaki meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain