suria

70 Penduduk Manila Protes, Desak Konsert Lady Gaga Dibatalkan

MANILA: Kira-kira 70 penganut Kristian terdiri daripada golongan muda di Filipina semalam mengadakan protes mendesak konsert Lady Gaga dibatalkan.

Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante, berkata kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.

Katanya, mereka akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas ketika dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan. Ini kerana, lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.

Sementara itu, bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza, berkata penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.

Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta berikutan bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain