Sumpahan Keluarga Kennedy Ragut Satu Lagi Nyawa - Dunia | mStar

Sumpahan Keluarga Kennedy Ragut Satu Lagi Nyawa

NEW YORK: Dinasti politik yang terbesar di Amerika iaitu keluarga Kennedy berkabung sekali lagi pada Khamis selepas isteri Robert F. Kennedy Jr membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Mayat Kennedy ditemui pada Rabu di rumahnya di Bedford, New York, menghidupkan semula persepsi bahawa keluarga yang menguasai politik Amerika Syarikat selama beberapa dekad itu menghadapi begitu banyak tragedi dan keluarga ini sememangnya hidup dalam sumpahan.

Selepas bedah siasat dilakukan, pejabat koroner perubatan di Westchester County berkata, punca kematian disebabkan sesak nafas akibat dari menggantung diri.

Kennedy, 52 tahun, adalah isteri kedua Robert F. Kennedy Jr, iaitu anak Robert F. Kennedy yang turut dibunuh pada tahun 1968.

Ketika sedang berkempen sebagai calon presiden, Robert F. Kenndy Jr juga adalah anak saudara Presiden John F. Kennedy yang ditembak mati pada November 1963 di Dallas.

Pasangan itu mempunyai empat orang anak berusia antara 11 hingga 17 tahun tetapi mereka berpisah pada 2010 selepas 16 tahun berkahwin. "Mary membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, yang lahir daripada hati," kata keluarga Kennedy dalam satu kenyataan.

Mendiang juga merupakan seorang arkitek yang berbakat dan perintis dalam aspek rekabentuk perolehan hijau, ciptaan tenaga yang cekap dengan cita rasa indah dan bergaya.

Akhbar New York Times berkata, Kennedy dijumpai menggantung diri di sebuah bangsal dan beliau telah meninggalkan nota sebelum meninggal dunia.

Laporan media turut mengatakan beliau mempunyai masalah penyalahgunaan alkohol.

"Sumpahan Kennedy berlaku lagi," lapor New York Post dalam berita tajuk utama yang merujuk kepada kenyataan bersifat ramalan yang pernah dibuat oleh mendiang Senator Edward Kennedy dari Massachusetts, dimana beliau hidup melalui pembunuhan dahsyat dua saudaranya.

Dalam kes Robert F. Kennedy Jr pula, seorang saudaranya, Michael, mati dalam kemalangan ski di Aspen, Colorado, manakala seorang lagi saudaranya, David, mati akibat mengambil dos dadah yang berlebihan di Florida pada April 1984.

Sepupu John F. Kennedy Jr, yang dikenali sebagai John John, anak mendiang presiden John F. Kennedy terbunuh pada Julai 1999 bersama-sama isterinya Carolyn Bessette apabila pesawat yang dipandu mereka terhempas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain