suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

37 Terbunuh, 19 Hilang Dalam Ribut, Hujan Batu Di Barat China

BEIJING: Angka kematian akibat hujan batu dan ribut di kawasan pergunungan di barat laut China telah meningkat kepada 37.

Agensi rasmi, Berita Xinhua berkata 19 orang lagi hilang dan bekalan kuasa dan rangkaian telekomunikasi telah terputus di daerah Minxian wilayah Gansu.

Xinhua, pada Sabtu berkata hampir 30,000 orang telah dipindahkan berikutan ribut yang melanda daerah itu selama dua hari bermula Khamis.

Pasukan penyelamat telah membekalkan selimut dan pakaian ke kawasan itu, walaupun terdapat jalan disekat, menjadikan usaha menyelamat sukar.

Artikel Lain