suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Askar Pakistan Terbunuh Dalam Serangan Kumpulan Militan

ISLAMABAD: Askar Pakistan berkata sekumpulan militan menyerang pintu pemeriksaan keselamatan berhampiran sempadan Afghanistan di sini menyebabkan sembilan askarnya terbunuh.

Serangan itu berlaku pada Ahad di bandar Miran Shah di Utara Waziristan.

Ia merupakan tempat perlindungan militan yang sering menjadi sasaran pesawat Amerika.

Tidak seperti wilayah lain, kumpulan militan tersebut masih belum melancarkan serangan di Utara Waziristan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap askar Pakistan, kumpulan militan terbabit melepaskan tembakan ke atas pintu pemeriksaan keselamatan beberapa hari lalu sebelum melakukan serang hendap.

Miran Shah merupakan pangkalan kumpulan penganas dan pemberontak yang berjuang menyekat penguasaan tentera Amerika di Afghanistan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain