suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Bimbang Ancaman 'Bom Badan'

WELLINGTON: Amerika Syarikat sedang memantau kemungkinan kumpulan pengganas cuba menjatuhkan pesawat dengan menanam bahan letupan dalam badan manusia, kata Ketua Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano.

Namun Napolitano menegaskan tiada bukti menunjukkan terdapat ancaman segera daripada apa yang dikatakan 'bom badan' itu tetapi ia antara perubahan strategi serangan yang perlu dihadapi pegawai keselamatan.

Katanya, kes 'pengebom pakaian dalam' dari Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab, yang cuba meletupkan pesawat dengan bahan letupan yang disorok dalam seluarnya pada 2009, adalah contoh inovasi yang diguna pakai puak militan.

"Boleh dikatakan terdapat pelbagai kaedah untuk musuh kita membawa bahan letupan ke dalam pesawat, seperti 'pengembom pakaian dalam'.

"Satu lagi sudah tentu...dengan menanam bahan letupan dalam badan individu," katanya kepada pemberita di New Zealand.

Napolitano berada di Wellington untuk menandatangani perjanjian perkongsian maklumat dengan New Zealand. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain