Feri Terbalik Di India, 103 Mati, 100 Masih Hilang - Dunia | mStar

Feri Terbalik Di India, 103 Mati, 100 Masih Hilang

BURABURI, (India): Penyelam tentera dan anggota penyelamat menemui 103 mayat dari sungai selepas sebuah feri terbalik ketika angin kuat dan hujan lebat di timur laut India, kata seorang pegawai pada Selasa.

Majistret daerah Goalpara, Pritam Saikia berkata, sekurang-kurangnya 100 orang masih hilang pada Selasa selepas feri yang membawa kira-kira 350 penumpang pecah kepada dua bahagian pada lewat Isnin.

Penyelam laut dalam dan tentera penyelamat bagi benca beroperasi sepanjang malam bagi membawa mayat dari dasar Sungai Brahmaputra di negeri Assam.

Operasi menyelamat tertumpu di sekitar kampung kecil Buraburi berhampiran sempaian Indian dan Bangladesh.

Angin kuat dan hujan lebat menghalang operasi menyelamat, kata Ketua Menteri di Assam, Tarun Gogoi.

“Saya akan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung punca nahas, tetapi sekarang keutamaan kami adalah mengesan mereka yang lain, dalam feri berkenaan,” kata Gogoi. - AP

Artikel Sebelum

AS Bimbang Ancaman 'Bom Badan'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain