suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 Maut Dalam Serangan Bom Selepas Lawatan Obama

KABUL, Afghanistan: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan bom kereta di kawasan kediaman ratusan warga asing di ibu negara Afghanistan yang dikenali sebagai Green Village pada Rabu.

Pihak Taliban menyatakan serangan itu sebagai tindak balas terhadap lawatan mengejut Presiden Barack Obama beberapa jam sebelum itu.

Siri letupan dan tembakan meletus berhampiran kompleks di timur Kabul itu kira-kira jam 6 pagi dan tembakan berterusan untuk beberapa jam.

Satu lagi letupan besar kedengaran dalam kawasan Green Village sejurus jam 9 pagi dan kepulan besar asap kelihatan di kawasan itu.

Polis Afghanistan menyatakan dua pengebom nekad masih berada di Green Village.

Antara letupan awal ialah bom kereta yang diletupkan berhampiran jalan Jalalabad, iaitu antara laluan utama ke Kabul. AP

Artikel Lain