suria

20 Terbunuh Protes Anti-Tentera Di Kaherah

KAHERAH: Kumpulan samseng menyerang perhimpunan anti-tentera berhampiran Kementerian Pertahanan di Kaherah pada Khamis, mengakibatkan tercetusnya pertempuran hingga membunuh sekurang-kurangnya 20 orang awam.

Dalam usaha untuk menenangkan penunjuk perasaan terhadap pemerintahan tentera, pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) berkata, mereka sudah bersiap sedia untuk menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam pada 24 Mei jika calon awam memenangi pilihan raya pusingan pertama.

Terdahulu, SCAF berkata, mereka akan menyerahkan kuasa pada akhir Jun ini.

Serangan yang berlaku awal pagi Khamis mencetuskan pertempuran sengit antara penyerang tidak dikenali dan penunjuk perasaan yang menuntut pemerintahan tentera ditamatkan.

Jurucakap tentera berkata, kedua-dua kumpulan membaling bom petrol dan batu dalam pertempuran itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain