suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Denmark Didakwa Seleweng RM74.16 juta

COPENHAGEN, (Denmark): Bekas pengurus syarikat katering untuk lapangan terbang didakwa menyeleweng dan membuat pemalsuan berjumlah AS$24.5 juta (RM74.16 juta).

Pendakwa Raya bagi jenayah ekonomi, Jens Madsen berkata, Amanda Nyholm Jacobsen membelanjakan wang untuk sebuah rumah mewah di Denmark, beberapa kereta, jam, barang kemas, karya seni dan lawatan peribadi antara 2008 dan 2011.

Madsen pada Selasa menggelarkan kes itu sebagai luar biasa kerana melibatkan sejumlah wang yang besar.

Terdahulu, bekas ketua Gate Gourmet di Copenhagen, Nyholm Jacobsen mengaku terlibat dalam penipuan bernilai AS$21.3 juta (RM64.48 juta).

Madsen berkata, kes tersebut turut disiasat di Switzerland kerana Nyholm Jacobsen telah menuntut pengurus kanan Gate Gourmet yang lain yang mengaut keuntungan daripada penyelewengan itu.

Tarikh perbicaraan tidak ditetapkan. - AP

Artikel Lain