suria

Kerajaan China Henti Pengeluaran Coke Tinggi Kandungan Klorin

SHANGHAI: Pihak berkuasa di utara China telah mengarahkan sebuah kilang pembotolan Coca-Cola ditutup selepas mendapati produknya dicemari klorin, menurut kenyataan kerajaan.

Wilayah Shanxi mengarahkan siasatan selepas laporan media menyatakan bahawa terdapat kelompok pengeluaran minuman yang mengandungi air dengan tahap klorin yang lebih tinggi, kata biro kualiti wilayah, pada hujung minggu.

Coca-Cola Shanxi Beverages Co. pada Isnin mengesahkan kepada AFP bahawa kilang telah menghentikan pengeluaran, tetapi tidak memberikan komen lanjut.

Coca-Cola di China tidak dapat dihubungi pada hari Isnin, kerana cuti umum.

Pencemaran itu berlaku pada bulan Februari apabila air dengan kandungan kecil klorin secara tidak sengaja mengalir ke dalam air minuman semasa kerja penyenggaraan, agensi berita rasmi Xinhua berkata lewat kelmarin.

Sebuah syarikat memberitahu media tempatan bahawa sembilan kelompok keluaran telah tercemar, katanya.

Xinhua yang memetik loji Shanxi sebagai berkata bahawa produknya selamat dan tidak mengancam kesihatan manusia.

Klorin digunakan dalam rawatan air untuk membunuh bakteria, tetapi tahap yang tinggi boleh menjadi berbahaya kepada kesihatan manusia.

China telah mengalami beberapa kes membimbangkan terhadap keselamatan makanan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ramai yang menyalahkan penyeliaan yang longgar.

China merupakan salah satu pasaran pertumbuhan yang paling penting bagi Coca-Cola, menyumbang sekitar tujuh peratus daripada jumlah global tahun lepas, menurut syarikat Amerika Syarikat (AS).

Coca-Cola pernah merancang untuk melabur lebih daripada $4 bilion di China dalam tempoh tiga tahun akan datang bermula dari 2012.

Syarikat itu mempunyai lebih daripada 40 loji pengisian di China, di mana ia bekerjasama dengan syarikat gergasi makanan Cina COFCO dan Hong Kong konglomerat Swire Pacific.

Artikel Lain