suria

Teh Diisytiharkan Minuman Kebangsaan India

NEW DELHI: India akan mengisytiharkan teh sebagai minuman kebangsaan sebagai meraikan kehidupan perintis tanaman teh yang telah digantung oleh pemerintah zaman penjajah British kerana mengambil bahagian dalam pemberontakan 1857.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan, Montek Singh Ahluwalia pada Sabtu mengumumkan keputusan ketika lawatan ke Assam, negeri yang menghasilkan teh di timur laut bersempadan Bhutan dan Bangladesh.

Assam pernah menjadi lokasi kediaman Maniram Dewan, yang diraikan kerana memperkenalkan pengeluaran teh komersial ke rantau ini dan kerana peranannya dalam komplot untuk menghumban keluar British dari Assam pada 1857.

Kebangkitan yang dipanggil Sepoy Mutiny, bermula di Meerut, berhampiran bandar New Delhi, dan tersebar di seluruh utara India sebelum secara kejam dihancurkan oleh angkatan tentera British dengan ramai tentera India dan orang awam terbunuh.

"Minuman ini, akan diberi status minuman kebangsaan pada 17 April tahun depan serentak dengan ulang tahun kelahiran ke 212 penanam teh di Assam dan pemimpin Sepoy Mutiny, Maniram Dewan," kata Ahluwalia.

Beliau menambah bahawa teh juga harus diraikan kerana "separuh daripada buruh dalam industri teh terdiri daripada wanita dan majikan terbesar dalam sektor organisasi".

Asian Age melaporkan bahawa pemberian status teh sebagai minuman kebangsaan boleh mencetuskan masalah di kalangan "naturopaths" yang mencadangkan minuman popular India seperti air kelapa, air limau dan yogurt-berasaskan lassi sebagai pilihan yang lebih sihat.

Teh secara amnya dihidangkan di India dengan susu dan gula yang banyak, dan dicampur rempah ratus buah pelaga.

Kopi, yang ditanam di negeri-negeri selatan Karnataka, Kerala dan Tamil Nadu, menjadi lebih popular di kalangan golongan muda kota India.

Artikel Berikut

Artikel Lain