suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa Kawasan Jakarta Dilanda Banjir Hingga Dua Meter

JAKARTA: Kota Metropolitan Jakarta yang sering dilanda banjir setiap tahun, dinaiki air sehingga dua meter di beberapa kawasan semalam, berikutan limpahan air dari kawasan Bogor.

Kebanyakan akhbar harian utama Jakarta menyiarkan berita dan gambar banjir dalam laporan muka depan , Rabu.

Limpahan air sungai Pesanggrahan dan Ciliwung telah menyebabkan ribuan rumah dinaiki air di empat wilayah Jakarta, kecuali Jakarta Pusat, semalam.

Wilayah paling teruk ialah Jakarta Selatan dengan ketinggian air antara 20sm hingga dua meter termasuk di kawasan Pondok Labu yang menyebabkan sebilangan penduduk di Jalan Haji Ipin terpaksa dipindahkan, namun mereka kembali ke rumah masing-masing apabila air surut.

Sebagai langkah mengatasi kesan banjir, Gabenor Jakarta Fauzi Bowo telah meminta pihak berkuasa tempatan supaya menyediakan pusat-pusat pemindahan banjir yang secukupnya.

Selain limpahan air Sungai Pesanggrahan, hujan lebat di Puncak Daerah Bogor, Jawa Barat petang semalam turut menyebabkan air di Sungai Ciliwung naik hampir ke paras Siaga Tahap Dua.

Salah satu kawasan kios perniagaan yang terkena banjir ialah Pasar Tekstil Cipulir di Jakarta Selatan, yang dinaiki air sehingga paras pinggang orang dewasa sejak Isnin malam, sehingga menggangu aktiviti perniagaan di situ.

Selain di Jakarta, di Tangerang, Banten, sejumlah rumah juga hingga kini masih dinaiki air sejak semalam dan memaksa pihak berkuasa memindahkan sebilangan penduduk ke pusat pemindahan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain