suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

38 Tan Rokok Tiruan Dirampas Di Luxembourg

LUXEMBOURG: Jurucakap sebuah syarikat tembakau berkata pihak berkuasa Luxembourg telah merampas 38 tan rokok tiruan yang telah diterbangkan ke Eropah, berkemungkinan dari Dubai.

Guy Cote, jurucakap untuk syarikat tembakau JTI, berkata rokok yang disita adalah "Palaces" yang palsu - jenama yang katanya telah lama menjadi sasaran oleh pemalsu dan telah diberhentikan oleh syarikat ini.

"Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa," kata Cote pada Selasa, sambil menambah bahawa rokok dirampas pada Sabtu.

Seorang jurucakap kasatam Luxembourg berkata dia tidak dapat memberi maklumat mengenai penyitaan itu lagi.

JTI telah ditubuhkan pada tahun 1999 apabila Japan Tobacco Inc. mengambilalih RJ Reynolds, syarikat dari Amerika.

Memandangkan berat sebatang rokok adalah kira-kira 1.2 gram, penyitaan itu akan menyamai kira-kira 30 juta batang rokok.

Artikel Berikut

Artikel Lain