suria

Saintis Ozon Meninggal Dunia

Gambar fail pada 10 Disember 1995 menunjukkan saintis F. Sherwood Rowland (kiri) menerima Anugerah Nobel untuk kimia daripada Raja Sweden, Carl XVI Gustaf (kanan) berikutan penemuannya mengenai penipisan lapisan ozon bumi. - AP

LOS ANGELES: Saintis yang memenangi Anugerah Nobel, F. Sherwood Rowland, yang pernah memberi amaran mengenai lapisan ozon bumi semakin menipis meninggal dunia.

Wakil University of California, Irvine berkata, Rowland yang berusia 84 tahun mati pada Sabtu di rumahnya akibat komplikasi daripada penyakit Parkinson yang dihidapinya.

Rowland merupakan antara tiga saintis yang dianugerahkan Hadiah Nobel pada tahun 1995 untuk kimia kerana mendapati semburan pewangi, aerosol dan barang keperluan harian lain boleh memusnahkan lapisan atmosfera bumi.

Anugerah itu diberikan selepas dua dekad Rowland memberi amaran mengenai masalah tersebut. Teori beliau berhadapan dengan cabaran yang sangat hebat sebelum ia mendapat pengiktirafan secara meluas.

Rowland meninggalkan seorang isteri, dan dua anak; seorang lelaki dan seorang perempuan. - AP

Artikel Lain