suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 Askar AS Terlibat Bakar Al-Quran Di Afghanistan

WASHINGTON: Lima askar Amerika Syarikat (AS) secara langsung terlibat dalam insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera Bagram di utara Afghanistan, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan dan tentera, Sabtu.

Memetik pegawai-pegawai itu, laporan NBC News mendedahkan sebahagian kandungan rumusan siasatan pihak tentera AS.

Pegawai-pegawai itu memberitahu NBC News bahawa siasatan masih belum lengkap, tetapi lima askar didapati terlibat.

Bagaimanapun mereka dilaporkan tidak akan berhadapan dengan tuduhan jenayah kecuali hukuman bukan kehakiman, kemungkinan hanya diberi celaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain