suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vietnam Protes China Serang Nelayan

HANOI: Vietnam mengadakan protes kepada China yang dilaporkan menyerang nelayan di perairan Laut China Selatan.

Vietnam News pada Khamis memetik jurucakap Kementerian Luar, Luong Thanh Nghi sebagai berkata, tindakan China itu adalah “serius melanggar” kedaulatan dan “mengancam nyawa dan harta-benda” Vietnam.

Akhbar itu berkata, China menggunakan kekerasan untuk mengugut 11 nelayan Vietnam di atas kapal pada 22 Februari lalu dan menghalang mereka daripada memasuki pulau-pulau Paracel bagi mengelak kekacauan berlaku.

Akhbar itu juga berkata, pihak berkuasa China dilaporkan menyerang nelayan dan cuba untuk mengambil harta mereka.

Akhbar itu berkata, Kementerian Luar Vietnam telah bertemu dengan pegawai-pegawai kedutaan China untuk menyerahkan bantahan.

China menduduki Paracel yang menjadi pertelingkahan itu sejak tahun 1974. - AP

Artikel Lain