suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Lancar Misil Bunuh 5 Militan Di Pakistan

MIRANSHAH (Pakistan): Tentera Amerika Syarkat (AS) melancarkan misil menggunakan pesawat yang dipandu menggunakan alat kawalan jauh di kawasan pedalaman Pakistan berhampiran sempadan Afghanistan sekaligus membunuh lima orang yang disyaki militan.

Serangan ini dilakukan genap seminggu selepas serangan yang sama dilancarkan ke atas puak Al-Qaeda yang diterajui oleh Badar Mansoor.

Badar dilaporkan terbunuh dalam serangan di Negeri Waziristan, utara Pakistan.

Bulan lalu, Presiden Barack Obama buat pertama kalinya mengesahkan bahawa pihak tentera AS telah menggunakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang untuk melancarkan serangan di kawasan pedalaman Pakistan yang disyaki menjadi tempat persembunyian puak Taliban dan Al-Qaeda.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP, sejumlah 45 serangan misil AS telah dilancarkan di Pakistan oleh AS pada tahun 2009 (tahun Obama menjadi presiden), 101 pada tahun 2010 dan 64 serangan pada tahun lalu.

Program serangan misil menggunakan alat kawalan jauh telah digunakan secara intensif sejak AS umum akan menarik keluar pasukan tenteranya dari Afghanistan menjelang hujung 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain