suria

3 Terbunuh Dalam Serangan Di Rumah Anggota Polis

BAGHDAD: Kumpulan lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera telah membunuh isteri dan anak-anak anggota polis Iraq di rumah mereka dalam satu serangan di selatan Baghdad, kata seorang pegawai.

Pegawai polis berkata, lelaki bersenjata itu menyerbu rumah tersebut pagi Rabu di bandar Jurf al-Sakhar, kira-kira 50 kilometer dari selatan Baghdad.

Antara yang terbunuh adalah seorang budak perempuan berusia setahun.

Anggota polis itu cedera parah dan dibawa ke hospital berdekatan.

Seorang pegawai perubatan hospital mengesahkan angka kematian.

Kumpulan militan meningkatkan serangan ke atas pasukan keselamatan Iraq dalam satu percubaan untuk melemahkan keyakinan awam dalam keupayaan kerajaan yang didominasi puak Syiah untuk melindungi rakyat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain