suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Menteri Dituduh Tonton Video Lucah Letak Jawatan

NEW DELHI: Tiga menteri di negeri selatan India, Karnataka, pada Selasa meletak jawatan selepas dituduh menonton video lucah semasa sesi perhimpunan.

Sayap kanan parti, Bharatiya Janata, yang memerintah Karnataka, mengarahkan tiga menteri meletakkan jawatan selepas saluran televisyen tempatan pada Selasa menyiarkan rakaman lelaki yang menonton klip video yang didakwa lucah ketika prosiding Dewan Undangan Negeri sedang berlangsung.

Menteri-menteri terbabit menafikan bahawa mereka sedang menonton pornografi, tetapi berkata mereka meletakkan jawatan untuk menyelamatkan parti mereka daripada malu.

Gabenor Karnataka menerima peletakan jawatan tersebut.

Televisyen menunjukkan Menteri Kerjasama, Laxman Savadi, menonton klip video pada telefon bimbit dan kemudian menyerahkan telefon kepada Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak, CC Patil,

Telefon mudah alih itu adalah milik Menteri Pelabuhan, Krishna Palemar, yang turut meletak jawatan.

Tidak lama selepas stesen televisyen menyiarkan rakaman itu, penduduk Bangalore, ibu negeri Karnataka, mengadakan tunjuk perasaan di luar rumah tiga menteri, menuntut peletakan jawatan mereka.

Tiga lelaki berkata mereka tidak menonton pornografi.

Savadi berkata beliau menonton klip video sambutan hangat persediaan untuk perbincangan dalam perhimpunan.

Artikel Lain