suria

Britain Wujud Biasiswa Sempena Memperingati Pelajar India Mati Ditembak

LONDON: Sebuah universiti di Britain akan mewujudkan biasiswa sempena memperingati seorang pelajar India yang mati ditembak ketika melanjutkan pengajian di England.

Universiti Lancaster pada Jumaat mengumumkan Biasiswa Anuj Bidve yang mati ditembak di Manchester pada 26 Disember lalu ketika berjalan kaki dengan sekumpulan rakannya.

Pelajar tersebut yang berasal dari barat India, Pune merupakan pelajar lepasan ijazah mikro-elektronik di Lancaster.

Biasiswa tersebut akan diberikan kepada lepasan Universiti Pune untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Lancaster.

"Biasiswa itu sebagai tanda memperingati mendiang Anuj, seorang pelajar cemerlang yang mati ditembak," kata Naib Canselor Lancaster, Profesor Mark E Smith.

Smith berkata, biasiswa itu akan menampung yuran dan kos penginapan penerimanya.

Lelaki berusia 20 tahun, Kiaran Stapleton yang mengalami gangguan mental didakwa atas tuduhan membunuh Anuj pada Mac.

Artikel Lain