suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Pendatang Terbalik, Sekurang-Kurangnya 10 Mati Lemas

REPUBLIK DOMINICAN: Sekurang-kurangnya 10 orang mati lemas apabila bot yang sarat dengan pendatang terbalik, kata ketua bomba di Timur Republik Dominican.

Jeffrey Pimentel berkata bot kayu tersebut dipenuhi dengan pendatang yang cuba untuk berlabuh di Puerto Rico dengan merentasi Passage Mona.

Menurut Pimentel, mereka terselamat berkata terdapat kira-kira 60 orang di atas kapal dan ramai di antara mereka yang hilang.

Beliau berkata, 10 mayat telah ditemui dan sembilan orang telah berjaya diselamatkan.

Jabatan Pertahanan Awam Negara pada Sabtu telah melakukan pencarian melalui laut dan udara bagi mencari lebihan mangsa.

Beribu-ribu pendatang Dominican menyeberang ke wilayah pulau Amerika Syarikat setiap tahun melalui bot terbuka walaupun terkenal sebagai satu perjalanan yang menyiksakan.

Artikel Lain