suria

73 Maut, 1,000 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Mesir

Polis Mesir berdiri mengawal keadaan rusuhan di stadium di Kaherah. Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh manakala 1,000 lagi cedera dalam rusuhan yang berlaku selepas perlawana bola sepak antara kelab Al-Ahly and Al-Masry. - AFP
Polis Mesir berdiri mengawal keadaan rusuhan di stadium di Kaherah. Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh manakala 1,000 lagi cedera dalam rusuhan yang berlaku selepas perlawana bola sepak antara 
kelab Al-Ahly and Al-Masry. - AFP
Polis Mesir berdiri mengawal keadaan rusuhan di stadium di Kaherah. Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh manakala 1,000 lagi cedera dalam rusuhan yang berlaku selepas perlawana bola sepak antara kelab Al-Ahly and Al-Masry. - AFP

KAHERAH: Para peminat bolak sepak membuat rusuhan di padang selepas pasukan tuan rumah mendapat kemenangan yang tidak dijangkakan bersama skuad utama Mesir pada Rabu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang manakala 1,000 lagi cedera di bandar pelabuhan Mediterranean itu, kata seorang pegawai.

Ia merupakan insiden paling buruk dalam rusuhan bola sepak di Mesir dan paling dashyat di dunia sejak tahun 1996.

Rusuhan tersebut berlaku selepas para penyokong Al-Masry dikatakan menyerbu ke padang selepas pasukan tuan rumah itu memenangi 3-1 dalam perlawanan dengan Al-Ahly, pasukan utama Mesir.

Menurut seorang saksi, para penyokong Al-Masry dilemparkan kayu dan batu kerana mereka menyerbu pemain dan penyokong dari pasukan lawan yang berlari keluar untuk melarikan diri.

Stesen televisyen tempatan menunjukkan rakaman di mana pemain Al-Ahly kelihatan bergegas untuk ke bilik persalinan mereka apabila pergaduhan tercetus di kalangan para penyokong yang berkerumun di padang.

Segelintir lelaki terpaksa menyelamatkan seorang pengurus dari pasukan yang kalah yang dipukul.

Pendakwa negara Mesir mengarahkan siasatan segera dilakukan dalam rusuhan berkenaan dan Persatuan Bola Sepak Mesir diarahkan untuk menggantungkan kejuaran tahunan.

Parlimen berkata, pihaknya akan melakukan mesyuarat tergempar.

Stesen televisyen tempatan melaporkan yang memetik kenyataan seorang pegawai Kementerian Kesihatan bahawa jumlah mangsa meningkat.

Seorang pegawai perubatan di rumah mayat Port Said yang enggan dikenali kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan maklumat, memberitahu jumlah kematian yang sama dan beberapa mereka yang terkorban adalah di kalangan pegawai keselamatan.

Ia merupakan rusuhan bola sepak yang dahsyat berlaku sejak 16 Oktober 1996 apabila sekurang-kurangnya 78 orang meninggal dunia manakala 180 yang lain cedera dalam rusuhan di sebuah stadium di Bandar Guatemala sebelum Piala Dunia yang melayakkan perlawanan antara Guatemala dan Costa Rica.

Seorang saksi berkata, orang ramai membalingkan batu, kayu dan botol-botol ke arah pasukan lawan sehingga mencederakan beberapa pemain.

Saksi yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, suasana amat tegang di pandang sebelum salah seorang peyokong Al-Ahly mengangkat sepanduk menghina pasukan tuan rumah.

Pemain Ahly, Sayed Hamdi berkata kepada stesen televisten tempatan bahawa para pemain kemudiannya dibawa ke bilik persalinan sebagai perlindungan.

“Ia merupakan suasana yang mengganas,” kata Hamdi.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Hesham Sheiha memberitahu stesen televisyen tempatan, kebanyakan yang terkorban disebabkan oleh pendarahan dalaman akibat rusuhan yang berlaku. - AP

Artikel Lain