suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Di Filipina, Ceroboh Masuk Ke Kawasan Nelayan Lain Boleh Jadi Mangsa Pembunuhan

MANILA: Sekurang-kurangnya 15 orang nelayan di Kepulauan Basilan di selatan negara ini telah ditemui terbunuh dipercayai menjadi mangsa pergaduhan akibat persaingan.

Kesemua mereka mati ditembak (menggunakan rifel) semalam.

Jurucakap tentera Selatan Filipina, Leftenan Kolonel, Randolph Cabangbang memberitahu agensi berita AFP, kesemua mangsa didapati telah 'menceroboh' kawasan menangkap ikan satu kumpulan nelayan yang lain.

Katanya, kejadian ini tiada kaitan dengan kumpulan militan.

"Operasi untuk menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab kini sedang dilancarkan dengan bantuan polis tempatan," kata Komander Tentera Wilayah, Major Jeneral Noel Coballes.

Kesemua mangsa pembunuhan itu adalah penduduk Pagadian, yang terletak 160 kilometer dari tempat kejadian.

Tiga buah bot yang membawa nelayan-nelayan itu telah diserang sebaik sahaja mereka menghampiri Pulau Sibago, yang terletak di Timur Basilan.

Mangsa-mangsa ini kemudian ditemui oleh sekumpulan nelayan yang lain dan mereka turut menemui tiga lagi mangsa yang masih hidup.

Adalah difahamkan, di Filipina terdapat 1.1 juta senjata yang tidak berlesen di samping 1.3 juta senjata milik pasukan polis dan tentera.

Artikel Lain