suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Kereta Rebut Gelaran Kereta Terbaik

MELBOURNE: Honda CR-Z, kereta sports dengan enjin hibrid, merupakan antara enam finalis bagi anugerah kereta terbaik, Wheels Car of the Year, di Australia.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter dan motor elektrik yang menggunakan teknologi bateri hidrida logam nikal. Honda menyertai Audi A6, Ford Focus, Range Rover Evoque, Skoda Yeti dan Volkswagen Scirocco R sebagai enam kereta yang ke peringkat akhir anugerah berkenaan.

Pemenang akan diumum pada 18 Januari 2012.

Kesemua enam kereta tersebut berpeluang meraih gelaran berkenaan, berdasarkan komen daripada para hakim setakat ini.

Editor Wheels, Bill Thomas memberitahu media bahawa finalis dipilih selepas hakim menimbangkan penyertaan peserta terbesar dalam 49 tahun sejarah anugerah itu.

"Seperti biasa, kereta-kereta tidak dihakimi sesama mereka tetapi berdasarkan ujian dan kriteria yang telah terbukti.

"Kriteria berkenaan dan ujian 3,400 kilometer di Lang Lang Proving Ground, lapan hakim, empat pembantu dan tujuh hari penelitian rapi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain