suria

Bekas Ratu Cantik Venezuela Meninggal Dunia

Gambar yang diambil pada 9 September 2000 menunjukkan reaksi Eva Ekvall selepas diumumkan sebagai pemenang Miss Venezuela. Foto AP
Gambar yang diambil pada 9 September 2000 menunjukkan reaksi Eva Ekvall selepas diumumkan sebagai pemenang Miss Venezuela. Foto AP
Gambar yang diambil pada 9 September 2000 menunjukkan reaksi Eva Ekvall selepas diumumkan sebagai pemenang Miss Venezuela. Foto AP

CARACAS: Bekas Ratu Cantik Venezuela, Eva Ekvall yang berjuang dengan kanser payudara menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 28 tahun.

Keluarganya berkata, wanita tersebut meninggal dunia pada Sabtu lalu di sebuah hospital di Houston.

Ekvall memenangi pertandingan ratu cantik tahun 2000 dan pada usia 17 tahun selain mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico pada 2001.

Dia kemudiannya menceburkan diri sebagai seorang model, pelakon dan merupakan penulis buku Fuera de Foco (Out of Focus) yang mengisahkan perjalanannya melawan kanser.

Buku tersebut juga memaparkan imej-imej yang dirakamkan oleh photographer Venezuela, Roberto Mata.

Pada temubual bersama surat khabar El Nacional tahun lalu selepas buku tersebut dilancarkan, Ekvall memberitahu ‘dia mahu menyebarkan mesej keperluan mencegah kanser’.

Kulit buku tersebut menunjukkan wajah Ekvall dengan kepala botak selain turut dimuatkan di dalam adalah gambar-gambarnya sedang menjalani rawatan kemoterapi.

“Saya benci melihat gambar di mana saya tidak kelihatan cantik,” kata Ekvall kepada El Nacional.

“Tapi adakah kamu tahu? Tiada siapa yang mengatakan kanser itu cantik ataupun memberitahu saya perlu kelihatan seperti Miss Venezuela semasa menghidap kanser.”

Ekvall juga memberitahu, dia berharap akan sembuh daripada penyakit tersebut dan mahu menulis lebih banyak buku.

Keluarga Ekvall pada Ahad, berkata majlis pengurusan mayat Ekvall diadakan di Houstan pada Isnin dan turut akan diadakan di Venezuela apabila mayat tersebut tiba di situ.

Dalam temubual pada tahun 2007, Ekvall berkata meskipun ibunya berasal dari Jamaica manakala ayahnya mempunyai keturunan Sweden dan Hungary, dia merasakan dirinya lebih ‘Venezuela’ daripada individu lain.

Ekvall berkahwin dengan produser radia, John Fabio Bermudez dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

Dalam bukunya, Ekvall turut berkongsi kegembiraan di saat-saat anaknya dilahirkan dengan berkata: “kegembiraan itu walaupun dia (anaknya) tidak memahami atau mengetahuinya menyebabkan saya masih bernyawa sehingga kini.”

Kematian Ekvall mendapat perhatian penduduk Venezuela termasuk ahli politik yang mengucapkan takziah selain menulis mesej-mesej memujinya di Twitter.

Antaranya, terdapat satu lukisan Ekvall sebagai bidadari dengan sayap putih dan riben merah jambu di bahagian dadanya yang dimuatturunkan ke dalam Internet.

Pada Ahad, suami Ekvall juga memuatturun ke dalam Twitter yang menunjukkan tangannya memegang erat Ekvall yang sedang berehat di katil dan gambar tersebut dilengkapi perkataan ‘sentiasa bersama... Saya cintakan kamu..” - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain