suria

McDonald's Didenda Kerana Permainan Happy Meal

SAO PAULO: Syarikat makanan segera gergasi Amerika Syarikat (AS), McDonald's berhadapan dengan denda $1.8 juta (RM 5,634,000) berhubung dengan permainan dengan produk ‘Happy Meal’ yang didakwa meningkatkan tabiat pemakanan yang tidak sihat di kalangan kanak-kanak, lapor media tempatan.

Sebuah organisasi bukan kerajaan memfailkan aduan kepada Yayasan Perlindungan Pengguna di sini yang kemudiannya mengenakan denda tersebut kepada syarikat makanan segera berkenaan.

Kumpulan terbabit memfailkan aduan dengan mendakwa McDonald ‘menggalakkan pembentukan nilai yang boleh diputar-belitkan’ dengan menggunakan permainan di dalam pasaran makanan kepada kanak-kanak, lapor Agensia Brasil.

Agensi berita sama juga melaporkan bahawa McDonald menafikan mereka terlibat dalam sebarang kegiatan salah dan menambah, permainan tersebut boleh dibeli secara berasingan daripada makanan.

McDonalds juga boleh memfailkan rayuan terhadap denda berkenaan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain