suria

Penemuan Baru Cabar Teori Kelajuan Einstein

GENEVA: Teori fizik Albert Einstein mengenai relativiti juga merupakan teori tunjang dalam ilmu fizik yang mengatakan tiada apa yang bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya dicabar oleh satu penemuan baru.

Para penyelidik terkemuka di Eropah berkata mereka mengira kelajuan satu jenis zarah ganjil yang dipanggil neutrino yang bergerak lebih laju daripada 186,282 batu sesaat yang selama ini dianggap kelajuan terpantas di seluruh kosmik.

Dakwaan tersebut bagaimanapun menerima respon buruk dengan seorang ahli fizik lain mengatakan ia sebagai satu pembohongan.

Pihak penyelidik masih lagi belum bersedia mengisytiharkan penemuan tersebut dan meminta ahli fizik yang lain untuk berusaha sendiri menentusahkan perkara tersebut.

Ahli fizik dari Indiana University, Alan Kosteleck yang telah mengusahakan kajian mengenai konsep tersebut selama suku abad menganggap penemuan para penyelidik itu sebagai satu penemuan yang berevolusi jika ia dapat disahkan.

"Berita ini mengejutkan. Jika ia adalah benar, ia akan menimbulkan banyak kesukaran kepada dunia," kata seorang ahli teknikal teori dari Fermilab di Illinois, Stephen Parke.

Menurut teori Einstein pada tahun 1905, tiada perkara atau benda yang boleh bergerak lebih laju daripada cahaya dan ia dikenali dengan simbol E=mc2. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain