suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Al-Jazeera Dihalang Bertugas, Pihak Berkuasa Mesir Arah Pejabat Ditutup

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu: Stesen televisyen berpengaruh Arab, Al-Jazeera pada Isnin menjelaskan bahawa enam wartawannya dihalang daripada meninggalkan hotel masing-masing selepas kerajaan Mesir mengarahkan pejabat stesen itu di Kaherah ditutup.

Rangkaian televisyen yang berpangkalan di Qatar itu pada laporan awalnya menyatakan kakitangan terbabit ditahan.

Bagaimanapun jurucakap Al-Jazeera memberitahu, kesemua wartawan tersebut terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa yang kemudiannya tidak membenarkan mereka meninggalkan hotel.

Katanya, namun beitu mereka tidak diarahkan meninggalkan negara yang sedang bergolak itu.

Wartawan-wartawan terbabit merupakan petugas bagi saluran bahasa Inggeris yang merupakan rangkaian utama dalam perkhidmatan Al-Jazeera.

Larangan berkenaan berlaku selepas sehari pihak berkuasa Mesir mengarahkan pejabat stesen televisyen itu ditutup kerana didakwa menyebelahi penunjuk perasaan yang mahukan Presiden Hosni Mubarak berundur selain menggalakkan kacau-bilau.

Al-Jazeera mendakwa tindakan berkenaan adalah bagi menghalang laporan sebenar keadaan di Mesir, namun berjaya meneruskan laporan-laporan terkini mereka melalui kamera pegun dan telefon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain