suria

Webull tawar platform berdagang cara mudah, buka peluang pelabur buat keputusan selaras prinsip syariah

Platform Webull menawarkan sifar komisen untuk dagangan saham Malaysia dan Amerika Syarikat.

ADAKAH anda ingin memulakan pelaburan, namun berdepan kebimbangan tentang yuran yang tinggi, risiko kerugian serta kos tersembunyi?

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Webull menawarkan platform dagangan saham yang selamat dan terjamin buat penggunanya.

Platform ini menawarkan sifar komisen untuk dagangan saham Malaysia (MY) dan Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari pertama.

Malah, ia juga tidak mengenakan yuran platform buat penggunanya.

Apabila tempoh promosi tamat, anda masih boleh menikmati komisen rendah 0.025 peratus untuk saham AS untuk 90 hari seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memulakan pelaburan, Webull adalah pilihan yang tepat.

1. Pembukaan akaun

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan, Webull memudahkan segala- galanya.

Paparan dalam aplikasi Webull yang menarik dan penuh informasi.

Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh membuka akaun dan mula berdagang tanpa yuran platform yang membebankan.

Selain itu, Webull juga menawarkan ciri-ciri yang memudahkan pengguna seperti akses ke carta saham yang terperinci, maklumat pasaran masa nyata, dan pelbagai alat yang direka untuk membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak.

2. Pelaksanaan dagangan

Sekiranya anda baru berjinak-jinak, tempoh promosi 90 hari tanpa komisen untuk dagangan saham MY dan AS ini adalah peluang yang sangat menarik.

Anda boleh membeli dan menjual saham di kedua-dua pasaran tanpa perlu bimbang tentang kos tambahan.

Pengguna juga boleh mengakses aplikasi Webull menggunakan Bahasa Melayu.

Inilah yang membuatkan Webull begitu menarik untuk pelabur kerana anda boleh mengawal kos dagangan tanpa terikat dengan bayaran yang tidak perlu.

Antara fungsi lain yang cukup menarik adalah Webull memiliki ‘syariah filter’ yang berfungsi membantu pelabur mengenal pasti status pematuhan syariah bagi saham sebelum mereka menjalankan sebarang transaksi.

Saham-saham ini dikenal pasti berdasarkan metodologi yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) melalui kerjasama dengan Elzar Shariah Solutions, memastikan pelabur dapat membuat keputusan pelaburan yang selaras dengan prinsip syariah.

Webull juga menawarkan pilihan dwi perbankan (dual banking) yang membolehkan pelabur tempatan membiayai akaun dagangan mereka melalui bank islamik atau konvensional, menjadikan Webull Malaysia sebagai platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuhnya yang pertama di Malaysia yang menawarkan pilihan sedemikian.

3. Kelebihan Webull

Sama ada anda bekerja di pejabat atau duduk di rumah, Webull memudahkan proses untuk berdagang pada bila-bila masa.

Aplikasi mudah alih dan platform desktop Webull memberi anda kemudahan untuk berdagang saham MY dan AS, malah semasa waktu pasaran pra-perdagangan atau pasca-perdagangan.

Aplikasi Webull memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Dengan alat perdagangan yang canggih dan akses langsung kepada data pasaran masa nyata, anda dapat memantau pasaran dan membuat keputusan pelaburan yang tepat pada waktunya.

Sesuai dengan pengguna di Malaysia, Webull juga boleh diakses menggunakan Bahasa Melayu yang mana fungsi ini sangat mudah untuk diaktifkan oleh penggunanya.

Jadi, tunggu apa lagi? Daftar akaun Webull hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda tanpa kos yang membebankan!

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman sesawang atau media sosial Webull.

Artikel Lain