suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wah! Dari jauh sudah bersinar... Nike Air Force 1 kini dengan kristal Swarovski

Nike Air force 1 yang bertatahkan kristal Swarovski.

KOLABORASI dua jenama antarabangsa iaitu Nike dan Swarovski nampaknya masih belum berakhir selepas tampil dengan Air Max 97 bertatahkan kristal Swarovski pada 2017.

Kali ini kedua-dua jenama itu kembali dengan rekaan baharu menerusi kasut bola keranjang Nike Air Force 1 potongan rendah (low cut).

ARTIKEL BERKAITAN: Chanel, Louis Vuitton catat carian tertinggi global setiap hari... ini 10 beg tangan berjenama paling dicari!

Dua varian warna diperkenalkan untuk Nike x Swarovski Air Force 1 iaitu triple white dan triple black.

Bagaimanapun, koleksi ini adalah khusus untuk pelanggan wanita, jadi saiz yang ditawarkan hanya mengikut kaki perempuan.

6193c98be87da

Ia turut datang dalam warna putih.

Meskipun mengekalkan rekaan asal, koleksi terbaharu ini bagaimanapun ditaburi dengan butiran kristal Swarovski yang berkilau. Menariknya, kristal itu boleh ditanggalkan dan dipasang mengikut citarasa penggunanya.

Caranya pengguna hanya perlu mengunci atau melonggarkan skru yang terdapat di beberapa bahagian kasut seperti tapak luar, lidah kasut dan di sisi kasut.

Malah logo Nike juga boleh dibuka mengikut citarasa si pemakai namun masih belum jelas bila Nike akan melancarkan koleksi terbaharu ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain