suria

Minum air kosong memang bagus, ketahui risiko kesihatan jika diminum secara berlebihan

Manusia memerlukan air untuk terus hidup tetapi pengambilan air secara berlebihan mengundang risiko kesihatan.

TUBUH normal bagi seorang manusia mengandungi kira-kira 60 peratus air.

Air berfungsi untuk membuang toksid dari organ dalam badan, membawa nutrien ke sel, serta membantu dalam penghadaman makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: 93 peratus golongan bujang di Malaysia mahu mencari cinta, berkahwin tapi pandemik jadi penghalang - Kajian

Institut Perubatan (IOM) mengesyorkan agar lelaki mengambil sejumlah 13 gelas (kira-kira tiga liter) air setiap hari, memetik WebMD.

Sementara itu, wanita pula disyorkan untuk minum sembilan gelas (melebihi dua liter) air setiap hari.

Bagi wanita hamil dan menyusu, IOM mengesyorkan minum 10-12 gelas air sehari.

Jika badan kekurangan air, seseorang itu boleh menjadi dehidrasi, malah menyebabkan gejala lain bermula dengan pening hingga boleh mengakibatkan sawan.

Walau bagaimanapun, badan yang terlalu banyak atau mempunyai lebihan air boleh menyebabkan hyponatremia, atau mabuk air.

Hyponatremia menyebabkan bahagian dalam sel dipenuhi air kerana paras natrium yang rendah dalam aliran darah.

Dalam kes tertentu, minum air berlebihan boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti sawan, koma, dan juga kematian.

Tanda-tanda badan cukup terhidrat:

.

1. Sentiasa bawa botol air bersama

Jika kita membawa botol air bersama sepanjang hari dan segera isi semula selepas ia habis, ada kemungkinan kita minum terlalu banyak air.

Menambah air secara berlebihan ke dalam badan boleh menyebabkan paras natrium rendah dalam darah, mengakibatkan semua sel seluruh badan membengkak.

Menurut Profesor Sains Senaman di Oakland University di Rochester, Tamara Hew-Butler air berlebihan juga berisiko kerana otak cenderung untuk membengkak.

air berlebihan

2. Minum air walaupun anda tidak dahaga

Cara terbaik untuk mengetahui badan anda memerlukan lebih banyak air adalah dengan mengetahui sama ada anda berasa dahaga atau tidak.

"Tubuh kita diprogramkan untuk melawan dehidrasi secara alami, jadi kita mempunyai mekanisme semula jadi untuk melindungi kita daripada itu," kata Hew-Butler.

"Satu mekanisme yang dimiliki oleh semua makhluk hidup ialah dahaga.

"Dahaga ialah pemantau yang memberitahu makhluk hidup apabila ia memerlukan lebih banyak air."

Semakin banyak air yang anda perlukan, semakin anda akan rasa dahaga.

3. Kerap membuang air kecil pada waktu malam

Menurut Klinik Cleveland, kebanyakan orang membuang air kecil antara enam hingga lapan kali sehari.

Sekiranya kita membuang air kecil lebih daripada 10 kali sehari, bermakna kita minum lebih banyak air daripada keperluan badan.

Punca-punca lain yang menyebabkan kekerapan kencing yang tinggi termasuk pundi kencing yang terlalu aktif dan kafein.

Untuk mengelakkan kencing malam, minum segelas air beberapa jam sebelum tidur untuk memberi masa kepada buah pinggang anda menapis air melalui badan.

air berlebihan 3

4. Loya dan muntah

Gejala overhidrasi adalah serupa dengan dehidrasi, menurut Hew-Butler.

Apabila kita minum terlalu banyak air, buah pinggang tidak dapat menyingkirkan cecair yang berlebihan, dan air terkumpul di dalam badan.

Air dalam badan yang berlebihan boleh menyebabkan gejala seperti loya, muntah, dan cirit-birit.

air berlebihan 7

5. Otot lemah dan cenderung kejang

Jika terlalu banyak minum air, paras elektrolit akan menurun dan keseimbangan badan terganggu.

Tahap elektrolit yang rendah boleh menyebabkan beberapa gejala, termasuk kekejangan otot dan kekejangan.

Cegah masalah otot dengan menggantikan pengambilan air dengan air kelapa yang mengandungi elektrolit.

air berlebihan 5

6. Rasa lemah atau letih

Buah pinggang berfungsi untuk menapis air yang kita minum melalui badan dan memastikan paras cecair dalam aliran darah kekal seimbang.

Apabila terlalu banyak air masuk ke dalam badan, buah pinggang bekerja lebih keras dan mewujudkan tindak balas tekanan daripada hormon yang membuatkan badan tertekan dan letih.

Kesukaran untuk bangun dari katil boleh menjadi petanda bahawa buah pinggang kita tertekan akibat terlalu banyak pengambilan cecair.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain