Gaun Sarah Suhairi disamakan seperti roti tisu dan plastik sampah, pereka fesyen beri jawapannya - Mode | mStar

Gaun Sarah Suhairi disamakan seperti roti tisu dan plastik sampah, pereka fesyen beri jawapannya

Fesyen Sarah Suhairi pada AJL33 dikritik netizen.

PENAMPILAN penyanyi baharu Sarah Suhairi pada acara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada 3 Februari lalu menjadi perhatian dan menerima kecaman netizen.

Sarah yang tampil dalam rekaan Seth & Luna ini disamakan dengan pelbagai objek seperti roti tisu, plastik sampah dan penyangkut baju.

Pemilik jenama ini, Irie dan Jimey Whang berkata, gaun itu direka dengan niat keterlaluan untuk dijadikan santapan mata.

"Ia busana showpiece direka dengan niat keterlaluan untuk dijadikan santapan mata.

"Ia tidak semestinya cantik di mata anda, namun ia merupakan satu look yang anda akan ingat sampai bila-bila," katanya kepada mStar Online.

Rekaan fesyen tersebut dibuat untuk cetus provokasi.

Mereka menggunakan fabrik taffeta kerana fabrik jenis itu dapat memberikan bentuk yang dihehendaki untuk busana berkenaan.

Katanya lagi, busana itu adalah inspirasi konsep avant garde iaitu tidak melekap pada tubuh namun masih menarik perhatian.

"Busana itu memang direka khas untuk Sarah Suhairi bukan milik siapa-siapa, ia direka untuk mencetus provokasi dan memberi idea kepada netizen bahawa fesyen itu luas.

"Bukan hanya tertakluk kepada busana yang sedap dipandang sahaja. Luaskan pandangan ke luar, ia bukan perkara baharu dalam arena fesyen," ujarnya.


Seth&Luna , Sarah Suhairi , AJL33 , fesyen

Artikel Lain