Bulu mata dah panjang dan melentik tapi wajah nampak pelik... Ketahui tip pilih, jaga bulu mata palsu

Bahagian mata personaliti media sosial, Norreen cukup menyerlah dan bersesuaian dengan bentuk mata dan wajahnya.

PENGGUNAAN bulu mata palsu sering disifatkan sebagai pelengkap kepada solekan dalam usaha menaikkan lagi seri wajah seseorang wanita, malahan ia bukan lagi sesuatu yang asing sebaliknya sudah menjadi satu kemestian ketika berhias.

Namun awas! Ramai sebenarnya yang menggunakan bulu mata palsu dengan cara yang salah sehinggakan adakalanya membuatkan wajah seseorang itu nampak pelik.

Mana tidaknya, hendak cantik punya pasal sanggup mengabaikan soal keselamatan dan kebersihan dengan memilih produk murah yang akhirnya menyebabkan jangkitan pada mata.

mStar Online berkesempatan bertemu dengan Pengarah Pemasaran Pusat Kecantikan FabuLash, Hi Yin Pink yang berkongsi beberapa tip penggunaan bulu mata sintetik fiber dan cara menjaganya agar dapat bertahan lama.

Yin Pink (tengah) bersama dua rakan artis, Mimifly dan Cassidy yang juga pelanggan setianya.

Menurut Yin Pink, antara salah faham yang sering berlaku adalah ramai percaya adanya teknik menanam bulu mata secara kekal walaupun ia sama sekali tidak wujud.

Jelasnya, bulu mata palsu yang dilekatkan menggunakan gam khas bersama bulu mata asal kebiasaannya hanya akan kekal dalam tempoh empat ke enam minggu sahaja.

"Sudah menjadi lumrah dalam diri seorang wanita untuk kelihatan cantik sehinggakan adakalanya sanggup mencuba apa sahaja demi tujuan itu.

"Seperti bulu mata palsu, seseorang wanita itu perlu bijak memilih dan bukan hanya sekadar 'tangkap muat' dan biasanya mereka mahu yang paling panjang dan lentik.

Antara jenis bulu mata mengikut kesesuaian wajah seseorang.

"Kami selalunya memasang bulu mata secara manual satu persatu mengikut kesesuaian bentuk wajah dan mata seseorang itu.

"Setiap orang memiliki bentuk mata yang berbeza jadi kebiasaannya kami akan custom made untuk setiap pelanggan," katanya yang melakukannya di premis yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Yin Pink memberitahu adalah lebih bagus jika setiap wanita menggunakan bulu mata jenis sintetik fiber yang mempunyai kelembutan seperti sutera, selain halal (wanita Muslim) serta tidak menggunakan sebarang bahan kimia.

"Kami seratus peratus menggunakan bulu mata palsu sintetik fiber dan ia halal serta selamat digunakan oleh semua wanita kerana ia tidak mengandungi bahan terlarang ataupun bahan kimia.

Antara perubahan wajah seseorang selepas memasang bulu mata palsu.

"Sebenarnya banyak kebaikan produk halal ini, ia bukan sahaja menyerap air dengan baik tetapi lebih selamat terutamanya untuk wanita mengandung atau mereka yang sensitif terhadap bahan kimia," katanya.

Yin Pink turut berkongsi tiga tip penjagaan bulu mata palsu untuk wanita di luar sana.

1. Elak produk pencuci wajah berasaskan minyak

Bagi menjaga bulu mata palsu agar bertahan lama, sebarang penggunaan pencuci solekan atau pencuci wajah berasaskan minyak tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan gam yang digunakan mudah tertanggal.

Nabila Razali antara pelanggan tetap Yin Pink.

2. Aktiviti sauna juga perlu dielakkan

Wanita yang sering melakukan aktiviti sauna perlu mengelakkan berbuat demikian sekurang-kurannya tiga hari selepas memasang bulu mata palsu. Berenang juga tidak digalakkan.

3. Berpeluh bahagian wajah boleh datang bahaya

Apabila memakai bulu mata palsu, wanita perlu memastikan wajah mereka tidak berpeluh termasuk pada bahagian mata agar gam tidak mudah cair dan mengakibatkan jangkitan pada mata.

Bulu mata palsu, Kecantikan, FabuLash

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain