suria

Ada sebab toyol tak curi duit di mesin ATM bank, hanya berani pecah masuk rumah orang!

Toyol dipelihara oleh tuannya untuk mencuri wang milik orang lain. -Gambar hiasan

MITOS tentang toyol sering kali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat kita.

Menurut kepercayaan, makhluk ini dipelihara tuannya untuk mencuri wang milik orang lain.

Tidak perlu diterangkan bagaimana rupa makhluk ini kerana sudah pasti umum mengetahui ia 'menjelma' seperti kanak-kanak dan botak.

Tetapi pernahkah anda terfikir, mengapa toyol tidak mencuri wang daripada mesin ATM ataupun bank?

Menurut pakar paranormal, toyol mempunyai keterbatasan dalam menghitung dan membaca.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap malam dengar bayi menangis di rumah sewa baharu! Gadis nekad tanya jiran, nasihat pakcik mesin rumput ada makna

ARTIKEL BERKAITAN: Huni homestay dah setahun tak disewa, pemuda demam 3 hari selepas tahan ‘azab’ pintu tak henti diketuk sampai subuh

Dalam bank, wang sudah diikat dan disatukan dalam jumlah tertentu.

Selain itu, toyol dikatakan hanya boleh mencuri wang yang mempunyai pemilik, sedangkan duit di bank tidak diketahui siapa pemiliknya kerana ia dalam jumlah yang besar.

Toyol juga dikhabarkan sukar menembusi dinding yang diperbuat daripada besi. Jadi sudah di bank, wang disimpan di dalam peti keselamatan yang diperbuat daripada besi.

mengaji

Umat Islam dibenarkan melakukan ikhtiar 'memagar rumah' dengan membaca ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding. -Gambar hiasan

Oleh itu, makhluk ini hanya mampu mengambil wang di tempat yang mudah seperti di kediaman, tambahan pula ia tidak dilengkapi ciri keselamatan seperti di bank.

Justeru untuk mengelakkan daripada menjadi 'mangsa' kecurian makhluk ini, sewajarnya kita sebagai umat Islam melakukan ikhtiar dengan 'memagar rumah', selain menyimpan wang di bank agar lebih terjamin keselamatannya.

Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan dengan tuntas mengenai amalan memagar rumah.

Menurut laman itu, dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan.

Antaranya adalah dengan membaca surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

"Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya" [Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa'ie (10735)]

Banyak lagi hadis yang menjelaskan mengenai keperluan memagar rumah.

Kesimpulannya, Islam membenarkan memagar rumah selagi mana ia dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding daripada gangguan syaitan. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain