Legenda filem seram bongkar kebenaran misteri kisah aneh dalam surat khabar lama - Mistik | mStar

Legenda filem seram bongkar kebenaran misteri kisah aneh dalam surat khabar lama

Englund merupakan seorang legenda filem seram dari Amerika Syarikat. - B****y Disgusting

LEGENDA filem seram Robert Englund akan menggunakan suara ikoniknya ke rancangan Travel Channel selepas dirakam mengacarakan siri “Shadows of History” yang akan datang tidak lama lagi.

Portal B****y Disgusting ketika memetih laporan THR memberitahu, Englund akan menjejaki kisah di sebalik akaun misteri atau aneh yang dicetak oleh akhbar Amerika pada masa lalu.

Legenda itu akan menyenaraikan pakar sejarah dan tokoh bagi mencari kebenaran di sebalik laporan-laporan tersebut.

Bagaimanakah anda mahu membuat cerita menarik dan seram jadi lebih menakutkan? Tambah sahaja si genius Robert Englund.

JANE LATMAN

"Bagaimanakah anda mahu membuat cerita menarik dan seram jadi lebih menakutkan? Tambah sahaja si genius Robert Englund.

"Seolah-olah kisah tentang raksasa terbang, zombi kanibal dan kapal hantu tidak mencukupi, kami menambah keterujaan untuk memberikan kesan yang maksimum.

"... dan peminat kami pasti akan menggilai pelakon legenda itu," kata pengurus besar Travel Channel Jane Latman.

Rancangan “Shadows of History” diterbitkan oleh Workaholic Productions.

Englund ketika membawa watak ikonik Freddy Krueger dalam filem A Nightmare on Elm Street. - Foto Facebook Freddy Krueger

Englund pernah muncul dalam 75 filem dan empat siri televisyen sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan pada 1973.

Sejak 1984, aktor itu juga pernah membintangi program penyiasatan popular seperti Bones, Criminal Minds and Hawaii 5-0.

Bintang berusia 72 tahun itu berada di tangga ke-40 pelakon paling jahat dalam senarai 100 Hero dan Antagonis di Institusi Filem Amerika melalui wataknya sebagai Freddy Krueger dalam filem A Nightmare on Elm Street.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Robert Englund , Shadows of History

Artikel Lain