RAMAI pengguna media sosial meluahkan kebimbangan apabila kuota subsidi bahan api di bawah inisiatif BUDI95 dikurangkan, dengan ada yang menyifatkan jumlah baharu itu tidak mencukupi untuk kegunaan harian.Bermula April, had kelayakan BUDI95 diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan tenaga oleh kerajaan. Menerusi skim berkenaan, pengguna layak menikmati petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna yang merasakan kuota 200 liter adalah tidak mencukupi, khususnya bagi mereka yang perlu berulang-alik dalam jarak jauh setiap hari.Perkara itu turut dikongsikan seorang pengguna di Threads, badrishaaaa, yang berharap kuota 300 liter dikekalkan bagi golongan tertentu, termasuk mereka yang tidak bekerja dari rumah.Di ruangan komen, ada juga yang mendakwa kuota mereka sudah susut dengan cepat, malah berbaki sekitar 68 liter dalam tempoh kurang seminggu memasuki bulan April.Dalam masa sama, terdapat cadangan agar kerajaan mempertimbangkan permohonan tambahan kuota berdasarkan corak penggunaan sebenar individu, termasuk melalui semakan data bulanan.Pemohon perlu mengemukakan butiran termasuk alasan kepada permohonan untuk menambah kuota.Namun ramai tidak peka bahawa kita sebenarnya boleh membuat permohonan penambahan kuota subsidi jika peruntukan sebanyak 200 liter tidak mencukupi.Bagaimana caranya?1. Log masuk laman rasmiLayari portal BUDI95 dan daftar atau log masuk menggunakan MyDigital ID.2. Pilih 'Permohonan Penambahan Kelayakan'Semak baki kuota semasa dan cari bahagian permohonan di bawah kategori individu.3. Isi maklumat diperlukanMasukkan butiran seperti nombor cukai pendapatan, maklumat bank, kategori penggunaan serta alasan permohonan.4. Sahkan dan hantarLengkapkan pengesahan menggunakan nombor MyKad sebelum menghantar permohonan.Peringatan pentingPemohon diingatkan supaya memberikan maklumat yang tepat dan benar kerana mengemukakan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.Selain itu, setiap permohonan akan dinilai terlebih dahulu oleh agensi berkaitan di bawah Kementerian Kewangan, dan kelulusan tidak dijamin.