PENGALAMAN membuka buku rekod kesihatan ibu mengandung atau lebih dikenali sebagai 'buku pink' boleh menjadi detik mengejutkan bagi sesetengah wanita, khususnya buat mereka yang pertama kali melalui proses kehamilan.Menerusi perkongsian seorang wanita di media sosial, dia mengakui tidak menjangkakan pemeriksaan fizikal tertentu turut dilakukan pada lawatan pertama selepas buku pink dibuka. Tanpa sebarang pendedahan awal, situasi tersebut katanya boleh membuatkan mana-mana wanita berasa terkejut dan janggal.Ini termasuk perlu menjalani pemeriksaan payudara oleh jururawat yang pada awalnya dianggap tidak mempunyai kaitan dengan kehamilan.Bagaimanapun jelasnya, pemeriksaan itu perlu dilakukan bagi memastikan tiada ketulan atau sebarang keabnormalan pada bahagian payura.Tidak hanya itu, pesakit turut akan ditanya mengenai sejarah kesihatan keluarga, khususnya melibatkan penyakit berkaitan payudara.Selain itu, menurutnya berdasarkan pengalaman, keadaan puting juga perlu dinilai dari segi bentuk dan kesesuaian untuk penyusuan selepas bersalin.Dalam masa sama, jururawat turut memberikan panduan berkaitan pemilihan pakaian dalam yang sesuai bagi menyokong perubahan tubuh sepanjang kehamilan.Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ibu yang pernah melalui pengalaman sama.Rata-rata mengakui pemeriksaan sedemikian sememangnya merupakan sebahagian daripada prosedur biasa."Ya ini memang realiti. Sudahlah saya pertama kali jadi ibu masa itu. Pertama kali nak buka buku pink, dia check (payudara) ya. Terkejut saya."Pernah kena picit puting dengan jururawat sebab nak tengok ada kolostrum ke tidak sebab faham kita ini pertama kali."Dari awal mengandung kena bersedia. Banyak lagi nak kena check. Nak beranak lagi la. Reda jela kena seluk tu," komen beberapa netizen.Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memahami situasi tersebut sehingga mengaitkannya dengan perasaan malu dialami wanita berkenaan."Bagi saya, okay je kebimbangan dia sebab beragama Islam. Yang (netizen) kata tak payah malu tu, orang Islam memang kena ada rasa malu."Wajib ada rasa malu. Saya pun tunjuk payudara dekat jururawat dan doktor. Bukan setakat kena picit, check susu lagi. Tapi tetap malu," ulasnya.Bagi mengelak sebarang salah faham, seorang individu mendakwa dia sebagai petugas kesihatan menjelaskan golongan ibu hamil tidak perlu bimbang kerana setiap pemeriksaan dilakukan secara profesional dan beretika."Selaku jururawat di klinik kesihatan yang sudah bekerja selama 14 tahun, kami pun sudah tak ingat segala bentuk dan rupa payudara semua."Ia macam, cerita sini habis sini je," jelasnya.