suria

Tak perlu lagi susah payah sental bilik air, 5 bahan ini selesaikan masalah anda

Terdapat pelbagai bahan yang boleh membantu anda menyental jubin bilik air.

JUBIN di dalam bilik air memang cepat kotor memandangkan ia terdedah kepada air sehingga memudahkan pertumbuhan kulat dan bakteria.

Kerja membersih dan menyental jubin di dalam bilik air juga bukan mudah kerana kotoran yang melekat tidak mudah dibersihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baking soda memang membantu bersihkan rumah, tapi awas jangan gunakan untuk cuci 5 benda ini!

Namun jika tidak dibersihkan, jubin akan kelihatan hitam dan menjijikkan. Bagaimana cara mudah membersihkannya?

1. Air panas

Sebelum memulakan kerja menyental jubin, siram jubin dengan air panas bagi 'melembutkan' semua kotoran yang melekat padanya.

Biarkan selama beberapa minit sebelum menyentalnya menggunakan bahan pencuci dan berus.

2. Ubat gigi

Selain air panas, ubat gigi juga boleh digunakan untuk membersihkan jubin yang kotor terutamanya di celah-celah di antara jubin.

Caranya mudah, bubuh ubat gigi pada berus gigi yang sudah tidak dipakai dan sental pada bahagian yang kotor. Sebaik-baiknya, bilas dengan air panas.

3. Cuka

Untuk kotoran yang tidak terlalu teruk, larutan cuka yang dicampur dengan air panas bukan sahaja dapat menghilangkan kotoran tetapi juga mampu mengembalikan jubin kepada warna asal dan berkilat.

4. Soda bikarbonat

Apa anda perlukan adalah berus gigi, soda bikarbonat dan cuka. Campurkan ubat gigi, soda bikarbonat dan cuka sebelum gosok pada bahagian yang kotor menggunakan berus gigi atau berus biasa.

Biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya menggunakan air.

5. Peluntur

Peluntur juga dapat membantu membersihkan kotoran pada jubin. Anda hanya perlu curahkan peluntur ke lantai bilik air dan biarkan selama sejam dan bilas dengan air.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jubin, Bersihkan lantai, Bilik air, Tips, iSuke

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Gajah mati dibaling tayar sedang terbakar