suria

Jangan ingat nak makan sahaja... Stres antara 4 sebab kenapa si bulus mengiau

Ada pelbagai sebab mengapa kucing mengiau kepada anda.

SETIAP kali kucing mengeluarkan bunyi atau mengiau, pasti ramai daripada kita menyangka si bulus lapar dan mahukan makanan daripada tuannya.

Tahukah anda, sebab kucing mengiau ini juga bergantung kepada jenis dan usianya - dan bukanlah semata-mata ia mahukan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa kucing takut timun.. tapi jangan pula anggap ia lucu!

Adakalanya, si bulus mengeluarkan suaranya sebagai bentuk komunikasi sesama mereka ataupun dengan manusia.

Bagaimanapun terdapat sesetengah kucing seperti kucing siam yang dikenali sebagai kucing yang cerewet akan lebih kerap mengiau.

Namun, perkara yang harus anda perhatikan adalah apabila kesayangan anda itu mengiau tanpa henti.

Berikut adalah empat sebab mengapa ia mengiau tanpa henti;



Kucing mengiau kerana mahukan perhatian.

1. Penyakit

Jika anda mendapati kucing anda mengiau tanpa henti, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ia mungkin disebabkan ia sakit atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit.

2. Mahukan perhatian

Kebiasaannya, kucing tidak suka bersendirian, ia akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain atau tuannya.

Kucing juga akan mengiau untuk ajak bermain, berkomunikasi, bermanja dan sebagainya. Jadi jika anda tidak mahu ia berbuat bising, sila respons dan penuhi permintaannya.

3. Tertekan

Bukan sahaja manusia tetapi si bulus juga boleh berasa tertekan terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidupnya seperti mempunyai tuan baru, kehadiran kucing lain atau merasakan persekitarannya tidak selamat.

Cara kucing mengurangkan stres adalah dengan mengiau. Cara paling mudah adalah dengan berikan perhatian kepadanya dan cuba membelainya agar ia tenang.

4. Menegur

Pasti anda pernah melihat kucing yang lalu tiba-tiba mengiau kepada anda dan terus berlalu pergi, bukan?

Sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegur anda dan ia adalah tanda mesra yang ingin disampaikan kepada orang yang baharu ditemuinya atau tuannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard